Site icon TechNave BM

Tempahan untuk PlayStation 5 berwarna hitam terpaksa dibatalkan kerana kecaman terhadap pekerja

Sebuah syarikat dari Amerika Syarikat bernama SUP3R5 sebelum ini telah menghasilkan konsol PlayStation 5 yang telah dihias khas dengan warna hitam, diinspirasikan daripada rekaan PlayStation 2 yang mempunyai warna tersebut. Pra-tempahan dijadualkan bermula pada 8 Januari, namun semua tempahan terpaksa dibatalkan kerana para pekerja SUP3R5 mendapat pelbagai kecaman daripada pelanggan.

Sebaik sahaja pra-tempahan dibuka, konsol yang dijual sebanyak 304 unit itu telah habis ditempah dalam masa 20 minit sahaja. Tidak lama kemudian, SUP3R5 mengatakan pekerja mereka mula mendapat kecaman yang mengancam keselamatan mereka dan memutuskan untuk membatalkan semua tempahan produk itu bagi menjamin keselamatan pekerjanya.

SUP3R5 berjanji untuk memulangkan semula wang yang telah dicajkan kepada akaun bank pelanggan. Walau bagaimanapun, masih tidak pasti jika SUP3R5 mendapat kelulusan rasmi daripada Sony untuk memasarkan PlayStation 5 tersebut, malah para pelanggan juga mengalami masalah teknikal sewaktu membuat pra-tempahan di mana laman web SUP3R5 menjadi perlahan.

SUP3R5 pada mulanya merancang untuk menjual 304 unit PlayStation 5 itu bagi mengenang tarikh pelancaran Playstation 2 pada 3 April 2000 (03/04/00). Memandangkan sambutan PlayStation 5 yang amat laris pada tahun lepas, tidak mengejutkan jika produk SUP3R5 ini habis dengan amat cepat.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechRadar

Exit mobile version