Site icon TechNave BM

Tempahan untuk Samsung Galaxy S21 sudah dibuka di AS, mungkin dilancar pada 14 Januari

Untuk sekian lama, siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 dikhabarkan akan dilancar pada 14 Januari 2021. Maklumat itu mungkin ada benarnya, kerana Samsung Amerika Syarikat (AS) sudah pun membukan tempahan untuk telefon tersebut.

Samsung tidak menyatakan nama “Galaxy S21” secara jelas dan sekadar menulis “Get ready to jumpt to the next Galaxy (Bersedia untuk maju ke Galaxy seterusnya)”. Perlu dimaklumkan bahawa ini bukanlah pra-tempahan di mana pelanggan perlu membayar sejumlah wang, sebaliknya hanya tempahan ringkas untuk memberitahu bilakah pelanggan boleh mula membuat pra-tempahan sebenar.

Nota kaki dalam laman web tersebut mengatakan bahawa pra-tempahan akan dibuka sehingga 28 Januari 2021 jam 11:59 malam, jadi kita boleh andaikan bahawa siri Galaxy S21 akan mula dijual secara rasmi pada 29 Januari di AS manakala pelancarannya mungkin dibuat dua minggu sebelum tarikh itu. Oleh yang demikian, tarikh pelancaran 14 Januari nampak lebih masuk akal.

Pelanggan yang membuat tempahan melalui laman web ini layak menerima aksesori bernilai US$50 dan kredit US$10 dalam aplikasi Shop Samsung di Android. Pelanggan boleh memilih untuk menukar telefon mereka secara trade-in yang akan memberikan diskaun sebanyak US$700 serta memilih syarikat telko yang digemari.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung USA

Exit mobile version