Site icon TechNave BM

Tencent bakal keluarkan konsol “game” seperti Nintendo Switch

Tencent dan industri gaming adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan dan sudah sinonim bersama. Menariknya, Tencent kini bukan sahaja dilapor melancarkan konsol gaming tangan, tetapi paten peranti tersebut sudah dipatenkan.

Menurut sumber, Tencent Technology (Shenzen) Co. Ltd. telah memperoleh kelulusan untuk paten konsol yang bernama “Game Console” pada 19 Mac 2021. Paten ini sebenarnya sudah dimohon kelulusannya sejak Oktober 2020.

Melihat kepada patennya, ia seakan konsol gaming tangan Nintendo Switch, tetapi memiliki perbezaan yang membezakannya dengan Nintendo Switch. Konsol ini meniliki port USB-C dan sokongan aksesori pendiri (stand). Ia juga mungkin boleh dimainkan tanpa menghubungkannya ke mana-mana peranti lain atau boleh dimainkan juga dengan menghubungkannya dengan komputer.

Jika paten yang sudah lulus ini bakal dilancar di pasaran, ia bukan perkara yang mengejutkan kerana Tencent sememangnya sudah memiliki pengaruh besar dalam industri gaming.

Apakah pendapat anda mengenainya? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version