Site icon TechNave BM

Tencent beli iflix dalam usaha terbaru untuk luaskan operasinya dalam Asia Tenggara

Syarikat konglomerat dari China, Tencent, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah membeli perkhidmatan pelayaran video tempatan iFlix yang merangkumi kandungan, teknologi dan sumber dalam syarikat tersebut. Ini membolehkan syarikat China itu untuk mengembangkan perkhidmatan pelayaran videonya, WeTV, yang dilancarkan di Thailand pada tahun lepas.

Menurut media hiburan dari Amerika Syarikat, Variety, pengambil alihan ini bernilai puluhan juta dolar. Ini membuatkannya jauh lebih kecil berbanding penilaian (valuation) US$1 bilion yang dicari oleh iFlix pada 2019 sewaktu syarikat itu merancang untuk disenaraikan secara awam (public listing) di Australia.

Pembelian ini adalah usaha terbaru daripada Tencent untuk menawarkan lebih banyak produk kepada penggunanya di Asia Tenggara yang sudah pun mencecah 650 juta orang. Syarikat konglomerat China itu popular dengan perkhidmatan pelayaran muzik JOOX dan game PUBG.

Adakah anda pengguna iFlix? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version