Site icon TechNave BM

Tencent beli saham BlackShark Gaming Xiaomi dengan harga ~RM1.9 bilion

Kini, terdapat laporan baharu bahawa Tencent Games China akan mengambil alih BlackShark Gaming Xiaomi mengikut perjanjian bernilai kira-kira CNY 3 bilion (~RM1.9 bilion).

Namun, pengambil alihan tersebut masih tidak memberi sebarang butiran lanjut dan kenyataan rasmi. Sekiranya ia berlaku, Tencent mungkin akan memasuki segmen gaming pada telefon pintar dengan tawaran perkakasan sendiri.

Sebelum ini, Tencent bekerjasama dengan pelbagai pembuat telefon pintar termasuk Asus untuk ROG Phone dan nubia untuk siri Red Magic. Dengan BlackShark, syarikat itu mungkin boleh membawa perniagaannya ke luar negara memandangkan bahagian Xiaomi telah menjadi salah satu jenama global.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version