Site icon TechNave BM

Tencent dan Black Shark jalin kerjasama bina telefon ‘gaming’

Syarikat permainan video Tencent Games dan jenama telefon pintar Black Shark akan berganding bahu untuk membina sebuah telefon pintar gaming pada masa akan datang. Ini adalah perkembangan terbaru selepas Tencent mengumumkan mereka ingin mencari rakan kongsi untuk membina sebuah telefon gaming khas pada tahun lepas.

Tencent Games adalah syarikat China yang membina pelbagai permainan video popular seperti PUBG Mobile dan Call of Duty: Mobile. Manakala Black Shark pula adalah jenama telefon pintar gaming yang berada di bawah naungan Xiaomi.

Ini bukanlah kali pertama Tencent bekerjasama dengan sebuah syarikat telefon pintar kerana Tencent sudah mengeluarkan Tencent Edition Asus ROG Phone II pada Julai lalu. Walaupun masih belum ada garis masa yang jelas, terdapat spekulasi yang mengatakan telefon Black Shark seterusnya akan dilengkapi skrin QHD 120Hz, cipset Snapdragon 865 dan RAM 16GB untuk varian 5G.

Jika anda ialah seorang gamer tegar, adakah anda akan mendapatkan telefon Black Shark pada masa akan datang? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. Jika anda ingin membeli Black Shark yang terdapat dalam pasaran sekarang, boleh lawati laman web kami untuk mendapatkan harga yang paling berpatutan.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version