Site icon TechNave BM

Tencent pecat dan penjarakan lebih 100 pekerja kerana rasuah, tipu serta penyelewengan

Gergasi teknologi China dan syarikat permainan video terbesar dunia, Tencent, telah memecat lebih 100 pekerja atas dakwaan penipuan, rasuah dan penyelewengan. Syarikat itu melaporkan lebih 10 pekerja kepada pihak polis dengan salah seorang pekerja dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menerima rasuah daripada pesaing.

Terdapat enam lagi kes yang membawa hukuman penjara. Angka itu membuktikan bahawa saiz rasuah dalaman lebih besar dan lebih teruk pada 2022 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebagai sebahagian daripada kempen antirasuahnya, Tencent telah memulakan pelaporan tahunan bilangan kes rasuah dan penipuan yang ditemui dalam syarikat itu.

Beberapa kes pada 2022 dilaporkan bahawa terdapat pekerja daripada kumpulan kandungan berita dan media syarikat serta studio game TiMi dan Lightspeed yang terkenal. Pengasas, Pengerusi, dan Ketua Pegawai Eksekutif Tencent, Pony Ma mengakui bahawa tahap rasuah adalah teruk di dalam syarikatnya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Tencent telah terlibat dalam kontroversi dan menjadi sasaran kempen penapisan kandungan kerajaan China. Tencent berada di bawah larangan 18 bulan daripada melancarkan permainan baharu. Larangan itu ditarik balik pada September lalu apabila kerajaan meluluskan kumpulan lesen baharu.

Lesen baharu itu termasuk game aksi Tencent, Metal Slug: Awakening. TiMi studios, anak syarikat Tencent yang membangunkan game ini juga dilaporkan terlibat dalam skandal rasuah. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version