Site icon TechNave BM

Tengah cari gajet murah? Jom tengok di Shopee Electronics Zone, ada diskaun sampai 80%!

Kami pasti anda semua sentiasa mencari harga termurah untuk membeli gajet-gajet berkualiti tinggi, namun biasanya harga diskaun untuk gajet susah dicari. Lebih-lebih lagi, ia hanya ditawarkan dalam masa yang terhad di pelbagai laman web berlainan. Perkara ini amat penting terutamanya buat para pelajar yang memerlukan gajet untuk pengajian mereka namun tidak mempunyai banyak wang untuk membeli gajet baharu.

Bagi memudahkan anda mencari pelbagai jenis gajet pada harga diskaun, Shopee menyediakan laman khas Shopee Electronics Zone yang memfokuskan pada gajet terkini dan lain-lain kelengkapan elektronik. Anda boleh yakin bahawa segala bentuk gajet seperti komputer riba, tablet, fon telinga, pencetak, kamera dan banyak lagi akan ditawarkan dalam Shopee Electronics Zone dan ia adalah produk tulen 100%.

Lebih menarik, ia menawarkan diskaun sehingga 80 peratus untuk tawaran mingguan (weekly Knockdown Deals) dan laman khas Shopee Electronics Zone dikemas kini setiap minggu pada hari Khamis jam 12:00 tengah hari.

Anda juga boleh mendapatkan baucar 60 peratus Coins Cashback serta baucar potongan diskaun RM50 Seller Vouchers. Sewaktu membuat pembayaran, anda boleh bayar secara ansuran dengan kadar faedah 0 peratus.

Untuk melihat beberapa contoh produk yang akan dijual pada harga diskaun di Shopee Electronics Zone, anda boleh lihat senarai berikut:

ProdukHarga asal (RM)Harga diskaun (RM)Penjimatan (RM)
ChromeBook 11 (Terpakai)18965124
HP 2776 White Wireless Wi-FI/ All In One Printer24919851
Logitech B175 Wireless Optical Mouse3527.907.10
10,000mAh Super Fast Charging Power Bank9929.9069.10
Goojodoq TWS 5.3 Bluetooth Earphone12029.9990.01
Xiaomi Pad 61,4991,46831
Kodak Ektar H35 Half Frame Film Camera (35mm)23919940
Nintendo Switch Super Mario Bros. Wonder23919940
MMX Kelen Munoz Sirocco Digital Non-Stick Steel Air Fryer88899789
Philips Stainless Steel Body Jug Kettle12784.9042.10

Banyak lagi jenis gajet berkualiti tinggi menanti anda di Shopee Electronics Zone, jadi jangan bertangguh lagi dan ayuh cari peranti anda yang seterusnya!

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli gajet di Shopee Electronics Zone dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Ditaja oleh Shopee Malaysia]

Exit mobile version