Site icon TechNave BM

Tengku Zafrul: Perodua akan hasilkan EV mampu milik pada 2025, perlu naikkan jumlah stesen pengecas

Pada awal tahun ini, Perodua dilaporkan sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa bagi menghasilkan kenderaan elektriknya (EV) yang pertama untuk pasaran Malaysia. Kini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Zafrul Abdul Aziz melaporkan bahawa kerajaan akan bekerjasama dengan Perodua dalam membangunkan EV mampu milik untuk pasaran tempatan.

Menurutnya, Perodua boleh menghasilkan EV mampu miliknya yang pertama seawal hujung 2025. Beliau menyedari bahawa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mengadu bahawa harga EV pada masai ini agak mahal, jadi Perodua telah dipilih sebagai peneraju pengeluaran EV mampu milik di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Bagi meningkatkan kualiti infrastruktur EV di seluruh negara, MITI juga telah mengadakan mesyuarat bersama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya, pasar raya seperti Lotus, AEON, Mydin dan Giant, Persatuan Pusat Beli-Belah Malaysia serta Persatuan Hotel Malaysia untuk menggalakkan pemasangan stesen pengecas EV.

Buat masa ini, Malaysia mempunyai 2,020 stesen pengecas EV, terdiri daripada 429 pengecas DC dan 1,591 pengecas AC. Beliau mengatakan ini adalah mencukupi untuk jumlah EV buat masa ini, namun ia perlu ditingkatkan lagi bagi memenuhi permintaan daripada jumlah EV yang akan bertambah pada masa hadapan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version