Site icon TechNave BM

Terdapat 53 aplikasi iOS yang mungkin telah mengakses ‘clipboard’ anda tanpa kebenaran

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa TikTok mungkin telah mengakses clipboard pengguna iOS tanpa memerlukan kebenaran daripada pengguna tersebut. Nampaknya bukan sahaja aplikasi media sosial dari China itu, malah terdapat 52 aplikasi lain yang mungkin mempunyai akses yang sama.

TechRadar melaporkan bahawa aplikasi ini termasuklah yang kerap digunakan oleh pengguna iOS seperti New York Times, Fox News, Fruit Ninja, Bejeweled, Viber, AliExpress dan banyak lagi. Masih tidak pasti jika aplikasi ini boleh mengakses clipboard dalam peranti Android.

Clipboard adalah fungsi yang sangat penting di mana pengguna sering menyalin informasi peribadi seperti kata laluan, butiran bank, maklumat identiti dan banyak lagi. Kebolehan aplikasi-aplikasi ini untuk mengakses clipboard tanpa diketahui oleh pengguna adalah sesuatu yang amat membimbangkan.

Berikut adalah senarai aplikasi yang didapati boleh mengakses clipboard iOS:

Berita

Permainan

Media sosial

Lain-lain

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechRadar

Exit mobile version