Site icon TechNave BM

Terdapat pengguna Apple Watch SE mengalami isu pemanasan ‘overheat’

Terkini, sumber melaporkan bahawa beberapa pengguna Apple Watch SE dia Korea Selatan mula mengalami isu pemanasan atau overheat. Isu ini dilaporkan setelah pengguna menggunakan Apple Watch SE selama beberapa jam.

Berita ini mula tular melalui laman Reddit oleh pengguna yang memuat naik maklum balas mengenai perkara tersebut. Setakat ini, terdapat enam laporan di Korea Selatan mendakwa Apple Watch mereka mengalami isu pemanasan. Peranti mereka kemudiannya tidak berfungsi dan meninggalkan kesan tompok berwarna kuning pada skrin.

Kesemua pengguna mengalami masalah ini semasa mengecas atau semasa memakainya. Apa pun, sumber masih tidak mendapat maklumat jika masalah ini hanya terdapat di Korea Selatan sahaja atau ada di negara lain juga. Setakat ini, punca masalah ini juga masih belum dikenal pasti.

Apakah pendapat anda mengenai masalah ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: macrumors

Exit mobile version