Site icon TechNave BM

Terdapat senarai lebih 3.2 bilion e-mel dan kata laluan dibocorkan dalam talian!

Isu pelanggaran data atau kebocoran data bukan lagi perkara baharu dan dilihat semakin sensasi sejak akhir ini-ini. Terkini, terdapat sejumlah 3.2 bilion pasangan e-mel dan kata laluan terdedah melalui pelanggaran data besar yang berlaku.

Menurut sumber, pelanggaran data besar ini mengumpulkan lebih 3.2 bilion e-mel dan kata laluan yang didedahkan dalam talian di laman forum awam (dirujuk sebagai COMB [Compilation of Many Breaches]). Kandungan data ini melibatkan data dari syarikat seperti Netflix dan LinkedIn yang sudah dibocorkan sebelum ini. Ia sekadar kompilasi data yang pernah dibocorkan sebelumnya.

Walaupun ia adalah pelanggaran data yang menghimpunkan data bocor yang lepas, namun anda masih perlu diingatkan untuk menukar kata laluan jika anda masih menggunakan kata laluan lama untuk akaun Netflix, LinkedIn atau akaun e-mel anda.

Sudahkah anda meningkatkan tahap keselamatan untuk akaun dalam talian anda? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Cyber News

Exit mobile version