Site icon TechNave BM

Terdapat Xiaomi Mi 10 model baru dengan Snapdragon 870, mungkin berharga ~RM2,187

Tahun 2021 sudah tiba, namun siri Xiaomi Mi 10 sepertinya masih bakal menambah ahli keluarga baru. Terkini, sumber melaporkan bahawa terdapat varian baharu untuk Xiaomi Mi 10 yang dijana cipset Snapdragon 870.

Untuk pengetahuan anda, model baharu Xiaomi Mi 10 ini masih tidak diketahui spesifikasi lanjutnya yang lain. Menurut sumber, maklumat yang diketahui hanyalah janaan cipset Snapdragon 870 dan spesifikasi lain yang dijangka mirip spesifikasi Xiaomi Mi 10. Model baharu ini juga dijangka berharga sekitar 3,500 Yuan (~RM2,187).

Xiaomi Mi 10

Apa pun, berita mengenai spesifikasi lanjutnya pasti bakal diketahui pada hari-hari yang akan datang. Apakah pendapat anda mengenai ura-ura Xiaomi Mi 10 model baharu ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version