Site icon TechNave BM

Terkini: realme X50 Pro 5G bakal hadir dengan 6 kamera, Zum 20x

Baru sahaja kami mengkhabarkan anda tentang pelancaran flagship 5G realme, X50 Pro 5G yang bakal dilangsungkan di Madrid secara dalam talian pada 24 Februari, jam 10:00 AM. Terkini, telah tular gambar poster acahan realme X50 Pro 5G yang memaparkan ciri teknologi penting peranti flagship ini.

Seperti yang anda dapat lihat pada gambar di bawah, realme X50 Pro 5G dengan paparan penuh Super AMOLED 90Hz bakal dihuni cipset Snapdragon 865 5G. Tidak cukup dengan itu, ia dilengkapi mod dwi-5G dan 65W SuperDart Charge.

Apa yang paling menarik, X50 Pro 5G bakal hadir dengan enam kamera bersama Zum 20x! Sedikit sebanyak, anda boleh mula mempertimbangkan adakah ciri spesifikasi peranti ini menepati citarasa anda.

Kongsikan komen anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: IndiaShopps melalui GSMArena

Exit mobile version