Site icon TechNave BM

Terlajak murah! Jualan ‘game’ Alien dan XCOM bermula dengan harga RM3.75

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung tanpa diketahui penghujungnya, kebanyakan warganet sudah mula mesra dengan dunia game. Untuk meneruskan hari-hari anda di rumah, francais Alien dan XCOM sedang mengadakan jualan serendah RM3.75 di Steam.

Game dari francais Alien yang berharga RM3.75 adalah Alien: Isolation. Harga asal game ini ialah RM75 yang mana menjadi RM3.75 setelah mendapat potongan diskaun sebanyak 95%. Anda juga boleh mendapatkan koleksi Alien: Isolation Collection dengan harga RM26.25 sahaja! Terdapat banyak lagi tawaran lain seperti Alien: Colonial Collection dan Alien vs Predator Collection.

Francais XCOM pula menawarkan XCOM: Chimera Squad pada diskaun separuh harga berharga RM29.50 sahaja! Terdapat banyak lagi tawaran lain termasuklah XCOM 2: War of the Chosen yang boleh dimainkan secara percuma sehingga 30 April 2020 dan dengan tawaran diskaun 75% jika anda ingin membelinya.

Adakah anda peminat XCOM atau Alien? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Steam

Exit mobile version