Site icon TechNave BM

Tesla Roadster mungkin jadi kereta “roket”, miliki kelajuan 0-100 km/j dalam masa 1 saat

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk telah berkongsi maklumat kepada peminat kereta elektrik dengan butiran baharu tentang Roadster yang bakal dilancarkan. Dalam satu kenyataan, Musk menganggap kereta ini bukan sekadar kereta biasa.

Prototaip Roadster yang pertama kali diperkenalkan pada 2017 telah diselubungi misteri kerana kelewatan pengeluaran. Walau bagaimanapun, Musk memberi jaminan bahawa penantian semakin hampir ke penghujungnya. Satu prototaip baharu akan didedahkan lewat tahun ini dengan pengeluaran besar-besaran rasmi disasarkan untuk 2025.

Roadster adalah kereta prestasi yang dihasilkan melalui kerjasama dengan SpaceX. Musk menjanjikan beberapa aplikasi teknologi roket yang akan meningkatkan daya pecutan. Kereta itu mungkin mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam masa sesaat sahaja. Apabila ditanya tentang kebolehan untuk terbang, Musk menjawab dengan jawapan “mungkin”.

Menariknya, sistem stereng inovatif yang terdapat pada Cybertruck menambah satu lagi lapisan pada persona futuristik Roadster. Sama-sama kita nantikan pelancaran Roadster daripada Tesla. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version