Site icon TechNave BM

Tesla secara rasmi bakal lancarkan Cybertruck untuk pasaran Malaysia

Cybertruck sememangnya salah satu kenderaan yang diketengahkan Tesla kerana bentuk dan cirinya yang unik. Ia agak mengejutkan kerana kami berpendapat bawaha trak elektrik ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Namun, ia menjadi kenyataan dengan pengumuman rasmi Tesla melalui laman Instagram Tesla Malaysia.

Walaupun Tesla agak berhati-hati dengan tajuknya yang tertulis “Stay Tuned”, adalah sangat jelas bahawa Cybertruck sedang menuju ke pasaran tempatan. Selain itu, Reels pendek menunjukkan cara ia diangkut dari kargo kapal terbang dan dibawa ke garaj dengan dua model Telsa yang sedang dipasarkan di Malaysia.

Selain itu, Cybertruck tutut secara rasmi disenaraikan dalam laman rasmi Tesla Malaysia. Untuk pengetahuan, ia boleh memecut dari 0-100 km/j dalam 2.7 saat dengan anggaran jarak pemanduan sehingga 547 km dan kapasiti menunda 4,990 kg. Badan kenderaan menggunakan exoskeleton keluli tahan karat yang boleh menahan kerosakan dan hakisan jangka panjang.

Ia juga menggunakan kaca berperisai. Cybertruck tersedia dalam tiga varian iaitu Cyberbeast, All-Wheel Drive dan Rear-Wheel Drive. Di AS, ia berharga $61,000 (~RM289K) dan kita boleh menjangkakan harganya akan jauh lebih tinggi dalam pasaran Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh  melawati laman rasmi Cybertruck di sini

Beritahu pendapat anda tentang Tesla Cybertruck ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version