Site icon TechNave BM

Tesla selamatkan pemandu yang tenat dengan pemanduan autonomi sejauh 20 km

Pemanduan autonomi yang terdapat pada sistem Tesla telah menyelamatkan nyawa seorang lelaki di Amerika Syarikat yang tiba-tiba jatuh sakit pada tengah malam dan dengan pantas mengaktifkan fungsi pemanduan sendiri Tesla.

Hasilnya, dia berjaya sampai dan mendapatkan rawatan perubatan di hospital sejauh 20 kilometer. Pemilik Tesla, Paul, berkongsi pengalamannya di media sosial X akibat kerosakan pam insulinnya dan dia mengalami dehidrasi yang teruk serta paras gula dalam darahnya mencapai 670.

Paul mengaktifkan fungsi pemanduan autonomi penuh pada Tesla Model Y dan kenderaan itu memandu sendiri dari rumahnya ke klinik kecemasan. Apabila tiba di destinasi, keretanya secara automatik masuk ke tempat letak kereta dan membolehkan Paul mendapatkan bantuan perubatan segera.

Paul menyatakan penghargaannya untuk Tesla Model Y di platform sosial dan juga berterima kasih kepada Elon Musk untuk fungsi pemanduan autonomi Tesla yang menyelamatkan nyawanya. Tweet Paul juga telah ditweet semula oleh akaun rasmi Elon Musk di X.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version