Site icon TechNave BM

Tesla Wireless Charging Platform dilancar, boleh cas untuk 3 peranti sekaligus berharga ~RM1,326

Tesla hari ini mengumumkan pelancaran Tesla Wireless Charging Platform iaitu pengecas wayarles Qi berharga $300 (~RM1,326) yang mampu mengecas sehingga tiga peranti. Konsepnya agak serupa dengan AirPower yang ingin dihasilkan oleh Apple kerana tiga peranti boleh diletakkan pada pengecas Tesla dan mengecas dengan kuasa 15W setiap satu.

Tesla mengatakan bahawa reka bentuk pengecas diilhamkan daripada rupa Cybertruck dan ia menampilkan badan aluminium dengan permukaan alcantara dan dirian magnet boleh tanggal yang digunakan untuk mengecas pada sudut menegak atau melintang.

Apple pada September 2017 mengumumkan AirPower iaitu pengecas berbilang peranti yang direka untuk mengecas iPhone, Apple Watch dan AirPods sekaligus. Apple mahu pengguna boleh meletakkan peranti mereka di mana-mana sahaja pada ‌AirPower‌ untuk mengecas. Namun, gegelung wayarles yang bertindih telah menimbulkan masalah.

Selain itu, terdapat isu peningkatan haba dangangguan yang menghalang produk daripada dihasilkan secara besar-besaran. AirPower‌ sepatutnya dilancarkan pada 2018 namun ia tidak pernah muncul dan Apple mengesahkan pembatalannya pada 2019.

Tesla Wireless Charging Platform menggunakan FreePower iaitu teknologi daripada Aira yang telah digunakan dalam platform pengecasan wayarles lain seperti Base Station Pro dari Nomad. Walaupun konsep Tesla adalah serupa dengan Apple AirPower‌, ia terhad kepada peranti berasaskan Qi seperti ‌iPhone‌ dan AirPods tetapi ia tidak mengecas Apple Watch.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Tesla

Exit mobile version