Site icon TechNave BM

Tetapan ‘Manage Activity’ Facebook kini benarkan anda padam status lama secara pukal

Jika sebelum ini kita perlu mencari dan memadam status atau perkongsian lama secara satu per satu, Facebook kini bakal memudahkan urusan pemadaman ini. Terkini, Facebook membenarkan pengguna memadam perkongsian lama secara pukal.

Facebook mungkin memahami segelintir pengguna yang perlu memadam sebarang perkongsian lama secara banyak sekaligus. Jika anda tidak ingin memadam, anda juga boleh menyembunyikannya (ke arkib) secara pukal. Kesemua pilihan ini boleh dilakukan melalui tetapan baru dalam ‘Manage Activity’.

Penyembunyian perkongsian di arkib adalah selama 30 hari (jika anda mengubah fikiran untuk memperlihatkannya kembali). Setelah itu, ianya akan turut dipadam secara kekal.

Sumber melaporkan setakat ini fungsi ini hadir pada aplikasi Facebook Lite dan bakal hadir pada Facebook di komputer dan aplikasi Facebook. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama Malaysia.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version