Site icon TechNave BM

TGV dan AEON bergabung tenaga laksana pawagam ‘drive-in’ Ogos ini

Sebelum ini, pawagam drive-in yang pertama di Malaysia telah pun dilancarkan di negeri Perak oleh Perak Corporation Berhad (PCB). Kini, TGV Cinemas dan AEON pula berkerjasama untuk melaksanakan pawagam drive-in versi mereka yang dinamakan sebagai ‘Moonlight Drive-In Cinema’.

Acara ini akan dijalankan pada bulan Ogos ini di tiga pusat membeli belah AEON yang berbeza iaitu di Nilai, Bukit Indah dan Cheras Selatan. Pawagam drive-in ini akan berlangsung selama beberapa hari untuk setiap tempat dan filem yang akan ditayangkan adalah filem Jurassic World dan juga Jurassic World: Fallen Kingdom.

Jika anda berminat dengan acara ini, layari laman web ini dan daftar segera kerana tempat adalah terhad. Kami jangkakan ianya akan berlangsung pada waktu malam selari dengan nama ‘Moonlight Drive-In’. Bagaimana dengan acara yang menarik dari TGV Cinemas dan AEON ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version