Site icon TechNave BM

TGV juga kini benarkan anda sewa pawagam untuk main ‘game’, serendah RM9 seorang

Semalam, GSC Cinemas telah membenarkan anda untuk bermain game dengan menggunakan skrin di panggung wayangnya. Kini, pihak TGV Cinemas pula menawarkan perkhidmatan yang sama dengan harga yang sedikit lebih murah berbanding GSC Cinemas.

Harga tempahan sebuah bilik pawagam di TGV Cinemas adalah serendah RM180, manakala GSC Cinemas pada tanda harga RM188. Dengan harga ini, anda dapat bermain game kegemaran anda selama 3 jam. Jika anda ingin memanjangkan waktu tempahan bilik pawagam, anda hanya perlu membayar sebanyak RM50 untuk satu jam tambahan.

Selain daripada itu, TGV Cinemas turut menawarkan sebuah peraduan untuk anda memenangi sebuah konsol permainan PlayStation 4 sekiranya anda membuat tempahan ini. Had limit pemain di dalam sebuah bilik pawagam hanyalah 20 orang sahaja. Jadi, jika anda bersama 19 orang kawan yang lain ingin menempah bilik pawagam ini, anda hanya perlu membayar RM9/seorang sahaja.

Layari laman web ini untuk matlumat lanjut mengenai promosi ini.

Adakah anda bakal menempah bilik pawagam TGV Cinemas untuk bermain game Among Us? Kongsikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version