TGV Cinemas kini memperkenalkan pawagam katil pintar pertama di Malaysia hasil kerjasama dengan Coway BEREX. Dirasmikan di TGV Suria KLCC pada 14 November 2024, pawagam INDULGE Coway BEREX ini dilengkapi katil pintar yang membolehkan penonton melaras ketegangan dan postur tilam untuk keselesaan maksimum.
Selain itu, ia menawarkan sistem bunyi ATMOS dan projektor laser untuk pengalaman sinematik terbaik. Dengan harga tiket RM120, pelanggan menikmati hidangan lengkap termasuk makanan, minuman dan pencuci mulut.
Selepas pelancaran ini, konsep pawagam katil pintar akan diperluas ke TGV Pavilion Bukit Jalil, Sunway Velocity dan 1 Utama.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mencuba inovasi baharu TGV dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

