Dalam “kekecohan” yang terjadi dalam aplikasi Twitter, Meta iaitu syarikat disebalik Faceboook dan Instagram telah mengambil kesempatan untuk melancarkan aplikasi pesaing Twitter yang bernama Threads.
Hal ini kerana sebelum ini, Elon Musk mengeluarkan satu kenyataan kontroversi mengenai syarat terbaharu Twitter di mana pengguna mempunyai had bacaan tweet setiap hari. Meta telah meletakkan aplikasi Threads di Apple App Store pelancaran rasminya pada 6 Julai ini.
Aplikasi Threads bakal tersedia untuk sesiapa sahaja dan pengguna Instagram sedia ada akan dapat menggunakan nama skrin sedia ada mereka dalam aplikasi baharu itu. Tangkapan skrin terawal Threads menunjukkan aplikasi tersebut kelihatan seperti gabungan Instagram dan Twitter.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: App Store

