Site icon TechNave BM

Tiada lagi fail animasi PNG di Twitter

Twitter merupakan salah satu laman media sosial kegemaran rakyat Malaysia. Terkini, laman media kesukaan ramai ini mengambil langkah menyekat fail PNG pada lamannya.

Tindakan ini susulan daripada serangan hasut maya (troll) yang menyerang akaun Twitter Epilepsy Foundation pada Bulan Kesedaran Epilepsi Kebangsaan bulan lepas. Hasutan maya tersebut hadir dengan gambar beranimasi bersama efek cahaya strob. Individu terkesan, jurnalis Kurt Eichenwald yang terkena serangan sawan merupakan pesakit epilepsi.

Menurut The Verge, hal ini dipercayai dapat mengakibatkan serangan kepada individu yang sensitif terhadap pergerakan dan imejan terang, termasuklah pesakit epilepsi.

Walau bagaimanapun, Twitter menyatakan melalui yahoo bahawa fail PNG bukanlah bertujuan untuk disasarkan kepada Epilepsy Foundation, tetapi pepijat tersebut mungkin digunakan untuk serangan hasutan maya pada masa hadapan. Oleh itu, Twitter telah membuat keputusan untuk menyekat fail PNG. Apa pun, tindakan ini semestinya untuk memberi ruang keselesaan kepada pengguna media sosial.

Adakah anda pernah mengalami apa-apa pengalaman buruk melalui laman media sosial? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi selanjutnya.

Sumber: The Verge | yahoo

Exit mobile version