Terkini, Lembaga Tabung Haji telah bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk mewujudkan satu inisiatif baharu untuk pemilik akaun Tabung Haji mendeposit wang simpanan. Anda kini boleh mendeposit wang simpanan ke akaun Tabung Haji secara dalam talian (online) melalui Pos Online.
Terdahulu, Pos Online telah menawarkan pelbagai perkhidmatan urusan pembayaran secara dalam talian termasuklah zakat dan sebagainya. Penyimpanan wang ke akaun Tabung Haji kini turut boleh dilakukan melalui laman web rasmi Pos Online. Anda boleh melihat langkah-langkahnya seperti dalam gambar di bawah.
Apa pun, pastikan anda sudah mendaftar akaun untuk Pos Online, Jika belum, klik Sign Up, manakala jika anda pernah mendaftar di Pos Online, klik Log In.
Melalui langkah urusan deposit wang secara dalam talian di Pos Online ini, maka urusan deposit wang ke akaun Tabung Haji melalui kaunter cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan bermula 2 Januari 2021.
Orang ramai boleh menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC); 03-62071919, faks; 03-77284959 atau e-mel di th-info@lth.gov.my.
Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA

