Site icon TechNave BM

Tiada lagi SMS maklum transaksi kad debit Maybank, notifikasi kini hanya di aplikasi Maybank2u

Baru-baru ini, Maybank telah mengumumkan bahawa tiada lagi SMS notifikasi yang akan dihantar di telefon pintar anda untuk makluman transaksi kad debit Maybank yang berjaya. Notifikasi SMS ini akan diganti dengan notifikasi di aplikasi Maybank2u bermula 3 Disember 2020.

Untuk menerima notifikasi makluman melalui aplikasi, anda perlu mengaktifkan fungsi Push Notification terlebih dahulu. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah untuk peranti Android dan iPhone.

Aktifkan Push Notification pada peranti iPhone:

  1. Pergi ke Tetapan (Settings)
  2. Cari aplikasi Maybank2u
  3. Pilih Notifikasi (Notification)
  4. Pilih (Allow Notification)

Aktifkan Push Notification pada peranti Android:

  1. Pergi ke Tetapan (Settings)
  2. Cari aplikasi Maybank2u
  3. Pilih Notifikasi (Notification)
  4. Pilih (Enable) atau (ON) untuk mengaktifkan notifikasi

Memandangkan notifikasi ini agak penting untuk memastikan anda kekal dimaklumkan mengenai sebarang transaksi yang berjaya, anda dinasihatkan untuk mengaktifkan fungsi ini di aplikasi. Jika belum mempunyai aplikasi Maybank, anda boleh memuat turunnya di Google Play Store, Apple App Store atau di HUAWEI AppGallery.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Maybank

Exit mobile version