Site icon TechNave BM

Rekaan terkini Samsung Galaxy Tab S7+, seperti Galaxy Tab 6 dengan bateri 10,090mAh

Reka bentuk tablet terbaru Samsung, Samsung Galaxy Tab S7+ yang dijangka akan dilancarkan pada masa terdekat ini telah tertiris dan reka bentuknya menimbulkan tanda tanya peminat produk Samsung.

Sumber menunjukkan Samsung Galaxy Tab S7+ akan mempunyai bezel yang lebih nipis dari Galaxy Tab S6 sebelumnya. Walau bagaimanapun, tablet ini dilihat akan mengekalkan reka bentuk dua kamera menegak pada bahagian belakang dan satu kamera hadapan yang terletak pada bezel tablet. Kedudukan logo Samsung dilihat berubah dari bahagian tengah ke bahagian kiri tablet. Secara meyeluruh, tiada perubahan reka bentuk yang besar dilihat berdasar gambar rekaan ini.

Samsung Galaxy Tab S7+ dijangka akan hadir dengan skrin OLED 12.4 inci, beresolusi QHD+ dengan kadar segar semula (refresh rate) 120Hz , kecil sedikit berbanding tablet 12.9 inci yang ditawarkan oleh Apple.

Samsung Galaxy Tab S7+ juga dijangka akan menggunakan cipset Snapdragon 865 dengan bateri bersaiz 10,090mAh. Tablet ini juga akan hadir dengan saiz RAM serendah 6GB dengan storan 128GB serta sokongan 5G.

Tarikh rasmi pelancaran produk ini belum lagi diberitahu tetapi kami andaikan ia akan dilancarkan bersama siri Galaxy Note 20 pada bulan Ogos ini.

Anda pengguna tablet Samsung Galaxy? Kongsikan pendapat anda tentang reka bentuk tablet baru ini di Facebook kami. Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version