Situasi berkunjung ke premis dan terlupa memakai pelitup muka mungkin dialami oleh orang ramai memandangkan pemakaian pelitup muka adalah sebuah kebiasaan yang baharu. Terkini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan bahawa pihak pasar raya atau premis tidak boleh menghalau orang ramai yang tidak memakai pelitup muka daripada memasuki premis.
Pemakaian pelitup muka adalah bukan undang-undang daripada kerajaan. Hal tersebut tidak termaktub dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Kerajaan hanya menyarankan pemakaian pelitup muka jika anda bergejala seperti batuk dan selsema.
“Saya berharap pasar raya atau kedai tidak mengambil undang-undang sendiri dengan mengenakan sesuatu halangan yang bertentangan dengan peruntukan serta peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Tidak boleh halau dan paksa pelanggan balik rumah dulu. Ini tidak boleh kerana bertentangan dengan akta itu,” tambah beliau. Untuk itu, beliau turut mencadangkan penjualan pelitup muka di luar premis untuk mengelakkan orang ramai daripada pulang dengan tangan kosong jika terlupa membawa pelitup muka.
Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Astro AWANI

