Pada awal April yang lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan arahan di mana pengguna MySejahtera tidak perlu daftar masuk ke premis. Walau bagaimanapun, pusat beli-belah masih perlu menyediakan kod QR di pintu masuk utama untuk imbasan orang ramai.
Kini, sumber tweet daripada akaun rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis bermula 1 Mei ini. Tambahan, kemasukan ke dalam premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi.
Hanya kes pesakit COVID-19 berstatus “Berisiko Tinggi” dalam MySejahtera dan mereka yang berada di bawah HSO dilarang memasuki premis. Pihak pengurusan premis perniagaan juga perlu bertanggungjawab menyemak status risiko pengunjung dalam MySejahtera.
Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

