Site icon TechNave BM

Tidak perlu jual ‘game’ PS4, Sony umum bahawa 99% ‘game’ PS4 boleh dimainkan di PS5

Berita ini bukanlah berita mengejutkan memandangkan sumber-sumber berita terdahulu pernah memaklumkan mengenai keserasian game-game di PS4 dengan konsol gaming yang baru dilancarkan, PS5. Sony kini mengesahkan bahawa 99% dari game PS4 boleh dimainkan di PS5.

Menurut Jim Ryan (CEO PlayStation) melalui sumber, beribu game PS4 telah diuji untuk backwards compatibility dan kira-kira 99% daripada jumlah tersebut boleh dimainkan di PS5. Namun, beliau tidak memberitahu jumlah sebenar (menurut Wikipedia, terdapat 2870 game PS4 yang disenaraikan). Apa pun, PS5 tidak boleh memainkan game PS1, PS2 dan PS3.

Untuk backwards compatibility, PS5 akan ditukarkan kepada mod PS4 atau PS4 Pro. Kelajuan GPU akan diskalakan untuk disamakan dengan perkakas yang lama, tetapi mengambil kelebihan PS5 untuk kelajuan loading yang lebih pantas dan frame rate yang tinggi. Pembina juga boleh mengoptimumkan game untuk prestasi yang lebih baik, jadi anda mungkin boleh menjangkakan naik taraf game yang baik.

Adakah anda teruja dengan ciri ini? Apakah game PS4 kegemaran yang anda ingin mainkan di PS5? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Ketahui berita-berita lepas mengenai PlayStation 5 untuk tidak ketinggalan!

Sumber: The Washington Post

Exit mobile version