Site icon TechNave BM

Tidak perlu pamer cukai jalan, muat turun aplikasi MyJPJ sahaja

Hari ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa pemandu Malaysia tidak perlu lagi mempamerkan pelekat cukai jalan pada kenderaan mereka. Ini berikutan pelaksanaan Lesen Kenderaan Bermotor Digital dan Lesen Memandu Persendirian Malaysia Digital mulai hari ini.

Untuk melakukannya secara digital, anda hanya boleh melawati stor aplikasi Apple atau Google Play untuk memuat turun aplikasi MyJPJ. Selepas memuat turun, anda hanya boleh mendaftar dan mengisi maklumat yang diperlukan tentang kenderaan anda.

Selain menghapuskan pelekat cukai jalan, lesen memandu fizikal juga boleh disemak secara digital untuk pemandu kereta dan penunggang motosikal. Ini merupakan fasa pertama pelaksanaan digital dan diharapkan JPJ akan mengembangkan penggunaan digital dalam urusan lain untuk beberapa bulan akan datang.

Loke menambah bahawa inisiatif memulakan langkah pendigitalan lesen adalah supaya rakyat Malaysia tidak lagi beratur panjang di kaunter JPJ. Untuk muat turun, anda boleh melayari apliksi MyJPJ di pautan aplikasi Apple atau Gedung Google Play anda di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version