Site icon TechNave BM

Tiga model iPhone ini tidak boleh lagi gunakan WhatsApp bermula Jun 2025

Selepas memperkenalkan aplikasi rasmi untuk iPad, kini WhatsApp mengumumkan bahawa ia tidak akan lagi menyokong penggunaannya dalam model-model iPhone lama. Bermula 1 Jun 2025, iPhone yang tidak layak menerima kemas kini iOS 15.1 dan ke atas tidak akan lagi disokong oleh WhatsApp.

Ini bermaksud tiga model iPhone ini tidak boleh lagi digunakan untuk aplikasi WhatsApp bermula 1 Jun 2025:

Ketiga-tiga telefon ini sekadar menerima kemas kini iOS 12 sahaja, jadi anda tidak boleh buka lagi WhatsApp di dalamnya.

Baru-baru ini terdapat khabar angin bahawa iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE generasi pertama tidak akan lagi menerima sokongan WhatsApp, namun ia ketiga-tiga telefon ini sebenarnya boleh dikemas kini kepada iOS 15.8.4 jadi ia masih lagi menggunakan aplikasi permesejan ini. Sungguh pun begitu, para pengguna ketiga-tiga iPhone ini digalakkan untuk menukar telefon secepat mungkin kerana pada masa hadapan, ia pasti tidak akan disokong lagi oleh WhatsApp dalam masa terdekat.

Untuk para pengguna Android pula, perlu diingati bahawa WhatsApp tidak boleh digunakan dalam telefon yang mempunyai sistem operasi Android 5.0 atau lebih lama.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WhatsApp

Exit mobile version