Site icon TechNave BM

Tiga model siri HUAWEI Mate 40 melepasi kelulusan, akan dilancarkan pada bila-bila masa

Jika anda sedang menanti untuk menaik taraf kepada siri HUAWEI Mate 40, penantian anda bakal berakhir. Terkini, sumber telah mendedahkan bahawa tiga model siri HUAWEI Mate 40 telah melepasi kelulusan MIIT (Ministry of Industry and Information Technology) di China.

Malangnya, tidak ada maklumat spesifikasi yang dapat diperoleh melalui pendedahan kelulusan ini. Model-model ini dipercayai adalah HUAWEI Mate 40, HUAWEI Mate 40 Pro dan HUAWEI Mate 40 Pro+. Kesemua varian dijangka hadir dengan cipset Kirin 5nm (mungkin Kirin 9000 atau Kirin 1000, masih tiada nama cipset rasmi).

Sumber: @OnLeaks
Sumber: @OnLeaks

Berdasarkan gambar yang telah direka berdasarkan ura-ura spesifikasi, siri HAUWEI Mate 40 dan HUAWEI Mate 40 Pro bakal hadir dengan rekaan potongan kamera swafoto yang lebih kecil pada skrin. Ia dijangka hadir dengan kamera 108MP, dan anda boleh melihat panel kamera belakang yang dikatakan untuk HUAWEI Mate 40 dan versi Pro.

Apa pun, mungkin kita boleh mendengar ura-ura atau ramalan spesifikasi lebih jelas pada hari-hari yang akan datang. Adakah anda teruja dengan kemunculannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai HUAWEI dan siri HUAWEI Mate 40.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version