Site icon TechNave BM

TikTok akan mula buang video yang melanggari syarat penggunaannya secara automatik

TikTok akan memperkenalkan algoritma baru yang mengesan kandungan video yang melanggari polisi pengguna serta akan membuangnya secara automatik. TikTok mengatakan sistem baru ini bertujuan untuk menjadikan platform media sosial itu lebih selamat dan mesra pengguna.

Antara kandungan video yang terlibat dengan algoritma ini adalah video melibatkan keganasan terhadap kanak-kanak, kandungan lucah, perlakuan ganas serta aktiviti yang melanggari undang-undang. TikTok mengatakan mereka telah pun menguji algoritma ini di kawasan yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19, di mana ia mempunyai kadar kesilapan serendah 5% sahaja.

Sebaik sahaja sebuah video dibuang, penciptanya akan dimaklumkan. Jika seorang pengguna mendapati kandungan video mereka telah dibuat secara automatik, beliau boleh memfailkan rayuan untuk video itu dinilai semula oleh seorang pekerja TikTok.

Walau bagaimanapun jika video yang dibuang itu memang mengandungi kandungan yang melanggari polisi pengguna, pencipta video itu akan diberi amaran pertama. Jika pencipta tersebut masih memuat naik video-video serupa selepas amaran pertama, TikTok boleh mengambil tindakan seperti membekukan akaun beliau selama seminggu atau memadam akaun mereka sepenuhnya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TikTok

Exit mobile version