Site icon TechNave BM

TikTok Awards Malaysia 2024: Kemeriahan tahun kedua di Dewan Merdeka, KL

TikTok Awards Malaysia 2024 kembali dengan meriah untuk tahun kedua, menyambut dan mengiktiraf pencipta kandungan baru dalam komuniti TikTok di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Dengan tema “Realisasikan Impianmu”, majlis ini menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia serta memberikan penghargaan kepada kandungan yang memberi inspirasi di peringkat tempatan dan global.

Pada Malam Anugerah TikTok Awards Malaysia 2024, pemenang utama diumumkan dalam dua segmen utama. Anugerah Pilihan Popular (People’s Choice Awards) menampilkan pemenang yang dipilih oleh peminat dalam setiap kategori manakala Anugerah Pilihan Juri (Judge’s Pick Awards) memaparkan pemenang yang dinilai berdasarkan kriteria khas oleh panel eksekutif.

Kategori khas juga diumumkan dengan Anugerah Changemaker of The Year, yang mengiktiraf pencipta kandungan yang telah memberi impak positif kepada komuniti melalui platform TikTok mereka. @lokohopunohgroup diiktiraf kerana menginspirasikan golongan muda untuk menguruskan sisa dan menjaga alam sekitar di Terengganu, manakala @braderwheelchair diiktiraf kerana memperkasakan dan memperjuangkan hak golongan orang kelainan upaya (OKU).

Bukan itu sahaja, berikut adalah pemenang setiap kategori TikTok Awards Malaysia 2024:

Anugerah Pilihan Popular:

Anugerah Pilihan Juri:

Majlis ini menunjukkan komitmen TikTok untuk menyokong dan meraikan pencipta kandungan yang mempengaruhi masyarakat secara positif. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version