Site icon TechNave BM

TikTok bakal lancarkan muat naik video beresolusi 1080p, pelbagai peningkatan turut didedahkan

TikTok hari ini mengumumkan pelbagai perubahan yang akan datang pada aplikasi mudah alihnya termasuk penambahbaikan pada resolusi, kesan (effets) dan peningkatan baharu. Salah satu perubahan baharu yang menjadi fokus bakal dilancarkan di negara terpilih ialah pilihan untuk memuat naik dalam resolusi 1080p.

Semasa memuat naik video, terdapat pilihan ‘Lagi’ (More) dan pilih butang ‘Muat Naik HD’ untuk memilih muat naik dalam resolusi 1080p. TikTok kini turut membenarkan penggunaan kesan skrin hijau (green screen) di atas GIF.

Pengguna boleh memilih GIF mereka melalui rakan kongsi TikTok GIPHY dan kemudian tindih video mereka di atas GIF menggunakan kesan skrin hijau. Ciri peningkatan visual baharu meningkatkan kualiti imej video dengan hanya satu sentuhan.

Ia boleh melakukan perubahan asas termasuk pencahayaan, pembetulan warna dan peningkatan cahaya malap pada tangkapan gambar atau video yang dimuat naik daripada galeri. Kesan suara menggunakan sintesis audio yang membolehkan anda membuat sebarang audio dalam video berbunyi seperti haiwan atau alat muzik.

Untuk mengakses ciri ini, pilih butang ‘Kesan Suara’ (Voice Effects) di panel kanan pada halaman pengeditan. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version