Site icon TechNave BM

TikTok benarkan pencipta mengenakan yuran langganan bulanan untuk strim langsung

Hari ini, TikTok mengumumkan ciri baharu yang membolehkan pencipta kandungan mengenakan yuran langganan kepada penonton. Ciri tersebut dinamakan LIVE Subscription yang akan dilancarkan pada minggu ini.

Menurut kenyataan oleh TikTok, ciri ini membolehkan pencipta beralih ke mod sembang eksklusif bersama pelanggan mereka. Pelanggan akan mendapat lencana digital dan boleh mengawal sudut kamera semasa sesi penstriman mengikut situasi. Ini berdasarkan siaran klip video oleh pencipta TikTok yang dijemput untuk mengambil bahagian dalam program tersebut.

TikTok juga menekankan bahawa ciri langganan baharu adalah usaha mereka untuk membina pelbagai peluang pengewangan untuk keperluan pencipta. Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia kepada pencipta melalui jemputan sebelum berkembang secara global dalam beberapa bulan akan datang.

Mereka meletakkan syarat bagi pencipta dan pelanggan berumur 18 tahun dan ke atas untuk mengakses ciri tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: France24

Exit mobile version