Site icon TechNave BM

TikTok Global diumumkan, Oracle dan Walmart mungkin menjadi rakan kongsi

Sebelum ini, ByteDance telah menolak tawaran Microsoft untuk membeli operasi TikTok, meninggalkan Oracle sebagai satu-satunya calon syarikat Amerika Syarikat (AS) yang akan mengambil alih perkhidmatan media sosial itu. Kini berita tersebut telah pun disahkan, di mana Oracle akan bekerjasama dengan syarikat pasaraya Walmart untuk mengambil alih TikTok.

Berdasarkan kenyataan rasmi daripada Oracle, Walmart dan TikTok, TikTok Global akan menjadi sebuah syarikat baru yang dibina oleh tiga syarikat tersebut. TikTok masih menjadi pemilik utama manakala Oracle dan Walmart akan memegang 20% daripada hak milik syarikat tersebut.

Perjanjian ini menepati kehendak kerajaan AS, di mana Oracle akan menyediakan perkhidmatan teknologi awanan (cloud) rasmi untuk TikTok. Penubuhan TikTok Global juga akan memperkenalkan 25,000 pekerjaan baru untuk rakyat AS.

Walaupun ini mungkin menyelesaikan kemelut TikTok di AS, kerajaannya masih belum mengiktiraf urus niaga ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version