Site icon TechNave BM

TikTok ikut langkah Instagram dengan perkenalkan ciri langganan baharu

TikTok kini mengikuti trend langganan dalam platformnya. Selepas Instagram mengumumkan ujian awal langganan berbayar, TikTok juga telah melakukan ujian terhad untuk ciri yang membolehkan pencipta kandungan mengecaj peminat mereka untuk kandungan yang eksklusif.

Menurut salah satu sumber, ciri langganan TikTok berada dalam fasa ujian awal dan hanya tersedia untuk beberapa akaun pencipta kandungan. Platform ini juga tidak menyatakan cara ia berfungsi sama ada berbayar untuk mengakses semua kandungan daripada pencipta atau hanya kandungan yang dipilih.

TikTok sudah mempunyai ciri derma (donation) sedia ada yang membolehkan pengguna memberi tip kepada pencipta kandungan. Dengan ciri langganan ini, ia akan menawarkan pencipta lebih banyak pilihan derma. Selain TikTok dan Instagram, Twitter juga telah memperkenalkan Super Follows pada September lalu di mana pengguna boleh menerima lencana (badges) dan melihat tweet bonus dengan membayar yuran.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: AndroidHeadlines

Exit mobile version