Site icon TechNave BM

TikTok jadi raja aplikasi, kekal nombor 1 di iOS dan Android setakat ini

Memandangkan setengah tahun pertama 2020 telah berlalu, terdapat beberapa hasil yang boleh dilihat melalui penilaian awal. Sebuah syarikat berlandaskan aplikasi telefon pintar, Sensor Tower telah mengeluarkan senarai aplikasi popular sedunia setakat pertengahan pertama tahun 2020.

Menurut Sensor Tower, data setakat ini menunjukkan hasil muat turun TikTok sebanyak 315 juta di seluruh dunia. Hal ini menjadikannya sebagai raja aplikasi! Anda boleh melihat juga aplikasi ini kekal berada di paras tertinggi sama ada di App Store atau Google Play Store.

Data ini menunjukkan hasil termasuklah muat turun aplikasi di India. Lebih menarik, negara yang paling banyak memuat turun adalah India yang menyumbang kepada peratusan 20%, disusuli dengan peratusan dari negara lain. Terdahulu, kami pernah memaklumkan mengenai India yang bakal menyekat aplikasi dari China termasuk TikTok.

Adakah anda juga pengguna aplikasi TikTok? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version