Site icon TechNave BM

TikTok kini disekat oleh Tentera Laut Amerika Syarikat

Selain daripada laman media sosial Instagram, Twitter dan Facebook, TikTok juga tidak kurang hebatnya. TikTok bukan sahaja diketahui oleh pengguna bandar, tetapi turut tersebar luas di kawasan luar bandar. TikTok kini digunakan secara meluas di Malaysia untuk mempersembahkan apa sahaja yang menjengah fikiran pengguna.

Walau bagaimanapun, di sebalik sensasi TikTok ini, US Navy yang merupakan tentera laut Amerika Syarikat telah menyekat aplikasi TikTok pada mana-mana peranti mudah alih kerajaan. Penyekatan ini dilakukan kerana isu keselamatan siber. Memetik daripada cnet, pihak berkenaan yang tidak memadam aplikasi tersebut akan turut disekat dari ruang platform teknologi maklumat, Navy Marine Corps Intranet.

Menurut cnet lagi, pemilikan TikTok oleh ByteDance yang diasaskan di Beijing merupakan faktor utama penyekatan tersebut dilakukan. “Syarikat ini tiada keupayaan untuk menolak jika pihak Parti Komunis China bercadang untuk meminta pertolongan mereka,” kata Christopher Ashley Ford, pegawai rasmi US State Department.

Walau bagaimanapun, TikTok menidakkan perkara ini. Apa pun, penidakan ini tidak mengubah keputusan yang telah dilakukan US Navy.

Apakah video TikTok kegemaran anda? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita aplikasi seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: cnet

Exit mobile version