Site icon TechNave BM

TikTok kini menawarkan perkhidmatan pelayaran filem

Jika sebelum ini TikTok lebih dikenali sebagai platform media sosial untuk berkongsi video pendek yang menghiburkan, kini aplikasi tersebut menawarkan fungsi baru iaitu pelayaran filem. Pengguna TikTok di China kini boleh menonton filem seperti The Last Emperor dan The Great Wall dalam TikTok versi China yang dinamakan Douyin.

Perkhidmatan baru ini didorong oleh penularan wabak COVID-19 pada awal tahun ini di China, di mana kompleks pawagam terpaksa ditutup dan banyak filem tidak boleh ditayangkan di situ. Untuk menggantikan ketiadaan wayang, studio filem mengupah syarikat pemilik TikTok, ByteDance, untuk menayangkan filem-filem baru mereka dalam platform digital yang diurus oleh ByteDance.

Selain filem, siri TV juga ditayangkan dalam aplikasi Douyin. Nampaknya aplikasi tersebut ingin mempelbagaikan perkhidmatan mereka daripada video-video pendek kepada ciri baru seperti penyiaran langsung (live streaming) dan pelayaran filem serta podcast.

Adakah anda mengharapkan perkhidmatan yang sama ditawarkan untuk pengguna TikTok di Malaysia? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Abacus News

Exit mobile version