Site icon TechNave BM

TikTok lancar ‘Stiker Sumbangan’ #JomSedekah, galakkan amal jariah sempena Ramadan

Bagi menyebarkan semangat beramal jariah, TikTok menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi keriangan bersama komuniti yang memerlukan melalui ‘stiker sumbangan’ #JomSedekah sempena Ramadan.

Sumbangan akan disalurkan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia seperti Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM), Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), All Women’s Action Society (AWAM), Yayasan Ikhlas dan MyFundAction menerusi sokongan platform pemberian amal global, Percent.

Untuk menderma, anda boleh melekatkan ‘stiker sumbangan’ kepada video, siaran langsung dan juga di halaman profil mereka dengan sekurang-kurangnya USD 2 (sekitar RM10). Untuk maklumat lanjut tentang ‘video fest’ ini dan ‘stiker sumbangan’, layari laman rasmi #JomSedekah dan #KongsiBersama.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version