Site icon TechNave BM

TikTok lancarkan ciri baharu, terdapat butang tidak suka pada komen

TikTok telah mengumumkan sebelum ini bahawa terdapat ciri baharu akan datang ke platform yang telah diuji sejak awal tahun ini. Dilancarkan secara global mulai hari ini, pengguna kini boleh mengklik butang tidak suka pada ruangan komen.

Diumumkan melalui akaun Twitter rasminya, TikTok menjelaskan bahawa butang undian tidak suka akan muncul di sebelah suka pada komen individu di bawah video. Berdasarkan tangkapan skrin yang dikongsi oleh TikTok, butang undi tidak suka kelihatan seperti ibu jari yang diterbalikkan ke bawah.

Tambahan pula, pengguna juga boleh membuat asal undian tidak suka mereka dengan mengklik ikon tersebut sekali lagi. TikTok mengambil contoh daripada YouTube di mana pengguna lain tidak dapat melihat jumlah undian tidak suka. Oleh itu, ia mungkin hanya berfungsi sebagai alat pengimbang oleh TikTok untuk menyederhanakan bahagian komen.

TikTok tidak menghuraikan cara ia akan menggunakan ciri baharu ini sebaliknya hanya mengatakan bahawa ia adalah cara baharu untuk mendengar maklum balas secara langsung daripada komuniti. Apakah pendapat anda tentang ciri baharu ini pada TikTok ini?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TikTok

Exit mobile version