Site icon TechNave BM

TikTok mengatakan larangannya di AS oleh Trump tidak berasas

Syarikat media sosial TikTok telah mengeluarkan sebuah kenyataan media berkenaan sebuah perintah eksekutif oleh presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang melarang media sosial itu daripada digunakan di negara tersebut. TikTok mengatakan perintah tersebut dikeluarkan tanpa sebarang penyiasatan yang kukuh atau melalui proses undang-undang yang betul.

TikTok mengatakan kerajaan AS bergantung pada laporan-laporan yang tidak dinamakan dan risau jika aplikasi itu akan digunakan sebagai platform penyebaran berita palsu dan pengumuplan data rakyatnya. TikTok menegaskan bahawa syarikat itu tidak pernah berkongsi data atau patuh dengan kerajaan China.

TikTok turut terbuka kepada pembeliannya oleh sebuah syarikat AS agar ia boleh mengembalikan kepercayaan kepada kerajaan AS. Walaupun kerajaan AS mengatakan tindakan ini adalah bagi menjaga keselamatan dan privasi rakyatnya, kerajaan AS tidak mengambil tindakan seperti ini sewaktu beberapa syarikat teknologi AS didapati menjual data pengguna sebelum ini.

Dalam pada itu, TikTok mengatakan syarikat itu akan mengambil langkah sewajarnya bagi membangkang perintah eksekutif ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TikTok Newsroom

Exit mobile version