Site icon TechNave BM

TikTok menguji ciri beri dana kepada pencipta kandungan

TikTok merupakan salah satu media sosial yang popular di Malaysia. Pencipta kandungan (content creator) kerap menggunakannya begitu juga dengan rakyat Malaysia dimana anda pasti juga mahu menyokong pencipta kandungan kegemaran anda. Kini, TikTok telah mencipta ciri baharu kepada pencipta untuk menerima hadiah daripada pengikut mereka.

Menurut Jera Bean (melalui @MattNavarra), TikTok sedang mengusahakan ciri ‘Tips’ yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ciri ini akan membolehkan pengguna TikTok menerima dana akan tetapi hanya pencipta kandungan sahaja yang mempunyai ciri ini. Ia disertakan dalam menu di bawah “Creator Next”.

Anda memerlukan 100k pengikut dan memenuhi syarat umur yang kami sendiri masih tidak pasti hadnya. Sekiranya anda memenuhi syarat, anda boleh menghantar permohonan ke TikTok. Kami masih tertanya-tanya sekiranya rakyat Malaysia dapat menguji ciri tersebut.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version