Site icon TechNave BM

TikTok Music luaskan perkhidmatan penstriman ke Singapura, Australia dan Mexico

TikTok sering mempopularkan lagu-lagu baharu atau lagu lama untuk diimbas kembali. Dengan ini, ia mendorong ByteDance untuk melancarkan perkhidmatan penstriman muziknya di beberapa negara.

Aplikasi penstriman ini dikenali sebagai TikTok Music. Ia telah dilancarkan di Brazil dan Indonesia dengan harga langganan bermula ~RM14 sebulan manakala pengguna di Mexico, Singapura dan Australia dihadkan daripada perkhidmatan tersebut kerana ia masih dalam tempoh percubaan percuma selama tiga bulan.

Selain itu, pengguna boleh menikmati katalog muzik penuh daripada Universal Music Group, Warner Music Group dan Sony Music. Pengguna juga boleh mendengar versi penuh lagu paling viral di TikTok, menikmati cadangan muzik yang diperibadikan dan membuat senarai main kolaboratif dengan rakan mereka. Aplikasi penstriman ini juga boleh mencari muzik melalui lirik atau mana-mana rangkap lagu seperti Shazam.

Sama seperti pada platform media sosial lain, pengguna boleh menulis komen atau berhubung dengan pencinta muzik juga menjadikannya “perkhidmatan penstriman muzik sosial”. Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai kehadirannya untuk pengguna malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version