Site icon TechNave BM

TikTok nafikan pencurian data peribadi melalui papan kekunci aplikasi

Menurut laporan terkini, platform TikTok boleh mendapatkan data anda melalui papan kekunci dalam aplikasi tetapi syarikat itu telah pun menafikan tindakan sedemikian.

Namun, bukan TikTok sahaja tetapi beberapa platform media sosial popular lain seperti Facebook dan Instagram mungkin juga berpotensi menggunakan JavaScript untuk merebut data kad kredit, alamat, kata laluan dan banyak lagi tanpa kebenaran anda pada iOS.  

Selain itu, pelayar web dalam aplikasi Tiktok juga agak berbahaya kerana ia dikatakan boleh menjejak setiap ketukan kekunci, walaupun sewaktu melayari laman web pihak ketiga.

TikTok berkongsi tweet yang menyatakan bahawa laporan ini adalah tidak benar dan mengelirukan. Syarikat itu tidak menggunakan ketukan kekunci atau input teks melalui kod yang digunakan semata-mata untuk penyah-pepijat, penyelesaian masalah dan pemantauan prestasi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version