Site icon TechNave BM

TikTok perkenalkan Script Generator, penjana skrip automatik yang dijana oleh AI

Setiap pencipta kandungan tahu bahawa proses penciptaan skrip adalah antara aspek penciptaan kandungan yang sukar dilakukan dan mengambil masa yang lama. Mujur sekali, kini terdapat sebuah alat kecerdasan buatan (AI) baharu yang diperkenalkan oleh TikTok untuk membantu pencipta kandungan dalam menerbitkan video seterusnya.

Alat AI baharu ini digelar sebagai Script Generator dan boleh menjana skrip lengkap dengan beberapa perkataan input sahaja daripada pengguna. Menurut eksekutif pemasaran dari TikTok, Michael Fee, Script Generator boleh menyediakan skrip yang lengkap dengan kata penarik (hook), perenggan utama (body) dan kata tindakan (call-to-action) dalam masa beberapa saat sahaja.

Script Generator boleh digunakan secara percuma oleh semua pengguna TikTok Business dan akan membantu para pengiklan dalam memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.

Seperti ChatGPT dan Google Bard, pengguna hanya perlu memberikan beberapa kata input kepada Script Generator untuk menjana skrip secara automatik. Pengguna juga boleh memilih kategori iklan serta masukkan huraian dan hashtag untuk produk berkaitan.

Panjang skrip akan bergantung kepada tempoh video, sama ada untuk tempoh pendek (15-30 saat) atau panjang (31-60 saat). Jika anda berminat untuk mencubanya, anda boleh layari laman web TikTok Creative Center.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Michael Fee LinkedIn

Exit mobile version